"ko ni serius ke x ni nak berblog2 ni, kejap ade lamaaaa xde......"
hehehehe...pada yg ikut blog aku ni jgn la marah (ade ke org ikut blog aku ni, perasan)
Ok,
Anyway, aku agak sibuk skit sepanjang february ni, sibuk ngan keje (iye ke?), samping tu aku agak aktif la ngan aktiviti fotografi aku ni, means selain shoot gambo, aku jugak masuk kelas/bengkel utk improve skill serta menambah ilmu, kengkadang org perli gak, "wat ape ko pegi kursus2 asas tu semua, skang ni zaman internet la, semua bleh baca free jer"...
betul tu, aku x nafikan, asal usul aku minat dan belajar fotografi ni mmg dari internet, bermula dengan perkenalan ttg fotografi ni oleh seorang sahabat maya, norijas namanye, kemudian aku join forum... forum.fotografikr.com adalah forum yg bertanggugjawab memperkenalkan aku dengan dunia fotografi, korang jengah la forum tu, best....disitu lebih santai utk korang yg baru2 nak kenal apa itu fotografi....
kemudian aku banyak baca artikal Darren Rowse melalui email.....
skang ni pon aku masih belajar melalui internet ni, banyak la, blog la, youtube la, facebook la, mcm2 lagi lah
TETAPI
adakah dengan belajar melalui internet sahaja mampu menjadikan aku sebagai fotografer yg bagus? pada org lain mungkin lah, mungkin Allah kuniakan dia akal fikiran yg bijak serta hati yg terang utk menerima ilmu....
aku tau kemampuan aku sampai tahap mana, jd utk improvement, aku perlukan seorang guru utk aku lebih mantop, meletop. Kengkadang bile kita baca kita akan faham lain walhal apa yg nak di sampaikan adalah lain, jd mmg perlulah seseorang utk kita jadikan rujukan.....
Allah sendiri menjadikan 4 kitab, 'Taurad, Zabur, Injil dan Al-quran'....disamping Allah turunkan 4-4 kitab ni (yg akhirnya kita umat akhir zaman menggunakan Al-quran), Allah juga menurunkan nabi2 serta Rasul2, utk apa Allah nak turunkan nabi & rasul ni, baca jer la kitab Al-quran tu....sebabnya Allah nak kita belajar melalui Al-quran dan lihat bagaimana nak mengaplikasikan apa yg telah diajar dlm Al-quran dgn cara yg betul, cara yg dikehendaki oleh Allah melalui nabi dan rasul.....
Jadi apa yg aku nak sampaikan kat sini, mmg perlu kita belajar melalui guru disamping kita belajar teori2nya dari sumber bacaan. X rugi pon kalo kelas yg kita pergi tu cuma kelas asas fotografi jer pon, yg penting keikhlasan hati kita utk belajar, insyallah Allah akan beri kita pemahaman yg lebih....
SEBENARNYA...
Bebelan aku yg meleret2 x tentu hala ni adalah bersempana ulangtahun ke-3 aku menceburkan diri dalam fotografi ni.... bermula dgn camera compact jenama vivitar, aku belajar kenal ape itu ROT, apa itu komposisi, knape pentingnya kita jaga horizontal line dlm landscape, kenapa begitu, kenapa begini....selepas tu aku start serius dengan menggunakan canon powershot s5 is utk aku belajar fungsi2 shutter speed, appature, ISO....sampai lah sekarang aku dah menggunakan Canon 400D dan aku masih lg belajar, kalo org nak kata aku ni poyo la dok usung dlsr kehulu-hilir, aku x kisah, sbab aku seorang budak hingusan dlm fotografi, jd aku perlukan practice to make me perfect...dan kadang2 aku ade bgtau ilmu2 aku yg ciput ni pada rakan/kawan/sahabat handai, bkn lah maksudnya aku nak tunjuk lagak/pandai, aku cuma nak berkongsi ilmu, kalo ilmu yg aku kongsikan tu salah, betulkan la...
AKHIR KATA....
Selamat berfotografi semua ^_^
No comments:
Post a Comment