fotografi

Friday, July 22, 2011

Rose is forever

Bunga itu cantik

Another lonely......

Alone at floria

Tuesday, July 19, 2011

Floria '11 Putrajaya Flower & Garden Festival

Pejam celik dah setahun berlalu pesta bunga putrajaya (floria)
1st time aku pegi tahun sudah (bleh cek entry aku yg lepas).
Tahun ni aku pegi balik dgn gadget aku yg baru (taun sudah aku pegi pon, aku br upgrade camera gak). Sebagai seorang yg baru berkecipung dalam fotografi, mmg aku sukakan cantik, warna-warni, jd dgn kecantikan landscape2 serta warna-warni bunga-bungaan aku olahkan dalam bentuk foto....harap korang enjoy...

Thursday, July 7, 2011

Lonely

sepi yang beralun bagai irama
mengiringi kerinduanku bagai senikata
kubercanda sendirian dengan kerlipan bintang
berbisik sayu di angin lalu
terusiklah hatiku saat berjauhan darimu…

Flower in blur.....

Sempena Flora Putrajaya 2011 yg bakal berlangsung pd 9hb-17hb Julai ni....... ^__^

Friday, July 1, 2011

Fatin Izzah

Fotografi secara asasnya adalah berkaitan dgn cahaya, jadi amat penting bagi seorang jurufoto utk bermain dgn cahaya secara kreatif bagi menghasilkan gambar2 bukan sahaja cantik malah berkualiti serta mempunyai faktor 'wow'.
Baiklah, utk gambar kali ini, sy menggunakan sumber cahaya yang ada (yakni cahaya matahari yg menembusi celahan2 pokok). Jadi, latihkan diri utk meningkatkan Art of Seeing, kerna ianya penting utk jurufoto2 semua menghasilkan gambar yg lebih menarik..... :)

Love is in the air.....

Salah satu teknik fotografi, light trail....
light trail ni kebiasaannya memerlukan bukaan shutter yg lama, kebiasaannya 1-2 saat keatas (bwh dari itu pon buleh, tp hasilnya kurang menarik, terpulang kpd kreativiti jurufoto itu sendiri lah) utk gambar ni, bukaan shutter selama 8 saat serta bukaan aperture f8, dibwh ISO100. subject utk gambar ni sebenarnya adalah lampu jalan (street lighting). Jadi dgn bukaan shutter yg lama kamera digerakkan membentuk bentuk LOVE......maka terhasillah gambar ni. Okay lain kali sy kongsikan teknik2 light trail yg lain pulak ye. Seronok tau main cahaya ni.... :)