aku kengkadang suke tangkap gambo, so aku kongsikan di sini....ENJOY
Thursday, January 8, 2009
Tuesday, January 6, 2009
Israel
MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.
MERATAP... lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza, semalam.
Kekejaman israel laknatullah dah makin menjadi2. Rakyat dunia sume marah dan berpiket, berdemonstrasi menunjukkan kemarahan. Orang2 politik sume, time ni lah nak tunjuk yg diorang ni layak di pangkah. Tapi bagi aku perkara ni tak mengejutkan aku, mungkin orang kata aku ni tak berperasaan. Tapi aku ade pendapat aku sendiri........
Bagi aku bangsa israel ni dah mmg termaktub dalam Al-Quran, satu bangsa yang tak boleh dibuat kawan, tapi kite selama ni terutama umat Islam sendiri aku tgk bukan main sayang lagi kat bangsa israel ni. Kenape aku kate begitu,? sebabnye kite mmg dah dari dulu lg tahu bahawa israel ni mmg satu bangsa yg bangsat, kejam, zionis, rakus dan macam2 yg buruk lah tp kite masih lagi bermanis muka, berbaik2 konon2nye berdiplomasi.
Umat Islam sendiri, sampai bila nak sedar pun aku x tau. Bile ade org datang kerumah bg nasihat xnak dengar, dimaki hamun balik adelah. Disebabkan kelemahan, kemalasan, ketidakmahuan kite menerima nasihatlah yg menyebabkan sedare kita kat Palestin tu diperlakukan sekejam itu. Kita umat Islam malas, malas nak majukan diri. Mane yg ade kesedaran diri pulak ikut cara yahudi. Kita tengok, ekonomi dunia siapa yang pegang? kafir laknat. Teknologi ketenteraan? sape yang conquer? kafir laknat. Habis umat Islam ape yang hebatnye? kosong. Umat Islam ramai, tp umpama buih di lautan, sekali sepak berterabur.
Lagi satu, umat Islam tidak bersatupadu. Sedara kat Palestin kene lanyak, negara2 Arab masih boleh bersukaria, ajurkan program2 lalai, buat temasha. Padahal Allah dah kurniakan dibumi arab ni emas hitam, tp tidak digunakan sebaiknya. Sebaliknya kafir laknat jugak yang bersungguh2 mengkaji dan mencari teknologi2 baru.
Kita kat Malaysia ni ha, yang konon2nye marah dan geram ngan israel, tp malam tahun baru baru2 ni berduyun2 membanjiri dataran, klcc dan ntah mane2 lg kononnye nak calebrate tahun baru, walhal tahun baru yg sepatutnya kita sambut adalah Maal Hijrah. Tengok, sampai mentaliti kita pun dipengaruhi oleh kafir laknat. Macam mane kite bleh cakap kite marah, benci, geram kat yahudi, walhal seluruh kehidupan seharian kita sebagai umat Islam dari bangun tidur hingga masuk tidur balik mengikut 100% cara yahudi.
Apa yg aku tulis ni bukanlah bertujuan nak menyinggung hati dan perasaan mana2 pihak, tapi sebagai renungan kita umat Islam terutamanya diri aku sendiri yang selalu lalai dan alpa terhadap perintah2 Allah. Aku juga seorang manusia yg mempunyai hati dan perasaan, tipulah aku kalau aku cakap aku tak sedih melihat kanak2, wanita2 dan orang2 tua kat Palestin atau dimanasaja dalam dunia ini diperlakukan sedemikian rupa. Tp hati aku lebih pedih dan perit pabila melihat umat Islam masih bersukaria, walaupun sedare mereka hidup merana.
Wallahua'lam
Monday, January 5, 2009
Restoration
Moto aku tu dah lama aku restore, cume x berkesempatan untuk di kongsikan bersama. So kat sini aku abadikan gambar2 restoration moto aku tu. First aku dpt moto tu, bg aku Alhamdulillah la sebab walaupun banyak problem tp aku rase org lain lg banyak masalah ngan bespa diorang. Aku x ingat total berapa yg aku abis kat moto ni tp anggaran ada la dalam RM2000.00. Huh.... kopak,kopak
Naik Train
Sabtu (3/01/09) lepas bawak pamili aku jenjalan. sbenarnye anak teruna aku tu yg sibuk ajak naik train (komuter). Kesian plak aku tgk, aku pun asyik sibuk jer. So sesekali dpt cuti aku balun kaw2 la utk famili. Rancangan asal nak ke Pulau Indah tapi aku tukar plan pergi jenjalan kat Mid Valley jer. Aku takut si kecil tu meragam jer lelame dlm train, tp lain pulak yang jadi. Anak dara aku pulak yg xcited. Mentang2 la baru dapat kaki, ligat jer dalam train tu, letih aku. Dari pukul 12:00 t/hari sampai la pukul 4:00 ptg meronda kat Mid Valley. X abis shopping kat Mid Valley, sambung pulak kat JJ (Jaya Jusco) Wangsamaju. Betul2 punye shopping ni. Balik rumah dah dekat nak Isyak. Hmmm..... sume penat pengsan, dah lama x jenjalan, seronok jugak.
Friday, January 2, 2009
Jurney To PD
Dah membuang mase kat 1/2 jam kat situ, aku sambung balik jurney aku. Tepat jam 5 ptg, aku sampai PD ngan rasmi nya. Check-in, masuk bilik, rehat jab, pegi mandi ape sumer, skali tangkap- rod blakang aku. Nampak sgt tulang dan komdem. So start 14hb-24hb Dis, aku bermukim kat PD. Macam-macam la kenangan lucu, hampeh, manis, masam ,pahit, payau, kire macam2 la. 24hb, lepas nangis2, peluk2, tuka2 no tepon, amek gambo kenangan, aku gerak balik ke Gombak jam 11 pg. Amhamdulillah cuaca cerah dan seronok utk riding. Time balik aku x banyak berenti so lebih kurang 2 jam aku dah sampai key ell balik. Rase cam mimpi plak dah dan time ni pinggang aku dah x sakit lg dah (biasa la dah lama x wat keje xtreme ni).
So jumpe lg lain kali. ENJOY ;D
Jurney To PD
20minit pastu
sampai tol seremban-pd
pekene kopi dulu
sampai hentian seremban
time baru nak gerak
sampai tol seremban-pd
pekene kopi dulu
sampai hentian seremban
time baru nak gerak
Sebagai penutup taun, aku kene g kursus kat pd (Port Dikson).
so kursus tu alasan jer, sbenar nye aku lebih kepada wat travelling makan angin ngan kude besi aku tu. Sbenarnye aku mmg suke wat solo ride ni. 1st time aku solo ride mase aku pas abis SPM ngan moto cub abah, aku solo ride dr Kemaman ke Kuala Kangsar. Last aku wat solo ride pd taun 2006,Gombak-K.Pilah-Temerloh-Gombak. Dah sekian lama akhirnya aku dpt peluang utk solo ride blk. Perjalanan aku bermula dari umah aku kat gombak jam 2:18ptg. Isi minyak jab kat sentul rm10, senak tangki minyak moto aku (alhamdulillah minyak dah turun). Sepanjang jalan, aku mmg dah rase hujan rintik2 dan langit kelihatan mendung jer. Tp bile sampai kat Sg Besi hujan turun mencurah -curah, berenti jab pakai baju hujan then prenggg...... jalan balik. Hujan mmg x kasi can kat aku makin lebat dan menggila kat Bangi. Sampai hentian seremban aku x tahan dah, pundi kencing aku mmg nak pecah dah. Berenti dekat 1/2 jam kat situ, pekene kopi dunkin doughnut, kasi suhu badan tu normal balik.
Subscribe to:
Posts (Atom)